(30 Oktober 2026)
Pada 22 September 2026 bertempat di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, SEDCO/PRSB telah dijemput untuk menyampaikan taklimat mengenai pembangunan projek premis perniagaan sosio-ekonomi yang dilaksanakan oleh SEDCO/PRSB di Pulau Banggi, Kudat. Taklimat ini disampaikan oleh Pengurus Kanan Sumber Manusia, Pentadbiran & Hal Ehwal Korporat PRSB, En. Mahadir Hj. Mohd Johari kepada YBhg. Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Dato’ Seri Haji Mohammad Huzaimi bin Mohd Sabri dan rombongan ahli Strategic Planning Group ATM sempena Lawatan Operasi Ketua Staf Markas ATM ke Pos Dogoton di Pulau Banggi.








