(7 April 2026)
Pengurus Besar menghadiri Majlis Perasmian Kilang Norcy Beauty Lab Sdn Bhd di Pekan Matunggong yang dirasmikan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan. Selesai majlis perasmian, YB Datuk telah melawat projek kedai Matunggong Fasa II bagi melihat sendiri status kemajuan projek tersebut yg dijadualkan siap pada 30 Jun 2026.



